Salam..
Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa dukacita kepada rakan-rakan yang tidak hadir dan juga yang lari daripada persidangan pembuburan tadi. Oleh itu, di sini saya ingin mengumumkan bahawa, AJK kelas bagi sesi 2 2009/2010 telah dibubarkan dan tiada sebarang jawatan yang akan wujud pada sem hadapan. Dengan kata lain, tiada AJK untuk sem depan. Sehubungan dengan itu, sebarang maklumat mengenai program AT01 hendak dicari sendiri dan dapatkannya di fakulti Bahasa.
Keputusan ini dibuat kerana, kesulitan yang amat sangat untuk melantik AJK yang baru. Tiada kerjasama dan tiada kesepakatan dalam pemilihan AJK baru. Oleh itu jangan salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri kerana menjadi "kera sumbang". Kepada yang memberikan sokongan terima kasih saya ucapkan..anda adalah pelajar AT01 yang sebenar dan saya amat menghargai kerjasama anda. Akhir kata, jika ada tersalah kata dari kami wakil-wakil AJK yang terdahulu dan terima kasih daun keladi dengan kerjasama yang anda berikan selama 5 sem kita bersama. Untuk sem yang akan datang, anda perlulah berdikari sendiri untuk mendapatkan maklumat terkini. Supaya anda menjadi mahasiswa yang bitara dan mencapai kejayaan sehingga tamat pembelajaran di UPSI.
Wassalam..
2 - 7 DISEMBER 2010: KE KOREA SELATAN
Seminggu yang lalu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan