Salam 1 Malaysia.
Peperiksaan bagi semester 6 semakin melabuhkan tirainya. Hanya 2 subjek sahaja lagi dan selepas itu kita akan bercuti panjang memandangkan sesi pengambilan pelajar baru mula menunjukkan bayangnya pada bulan Julai ini. Oleh yang demikian, saya selaku wakil pelajar AT01 ingin mengucapkan selamat bercuti atau dalam bahasa enggeris nya Happy Holiday kepada rakan-rakan yang akan pulang awal pada 3 hari bulan malam dan seterusnya. Nikmatilah cuti anda dengan penuh manfaat dan dengan aktivti yang berfaedah. Sesiapa dalam kalangan pelajar AT01 yang akan melangsungkan apa jua majlis seperti tunang, nikah waimah kenduri berkhatan sekali pun kami mengucapkan tahniah dan sekalung salam dari kami kepada keluarga di kampung halaman rakan-rakan semua. Jumpa lagi pada semester hadapan,selamat bergelar pelajar tahun akhir dan jadikan ia sebagai satu kenangan yang mungkin menjadi pengalaman yang tidak akan kita lupakan kelak. Akhir kata, salam pemanis bicara dan penutup kata dari saya tuan editor blog ini kepada semua. Wassalam.
2 - 7 DISEMBER 2010: KE KOREA SELATAN
Seminggu yang lalu






