Ahad, 14 November 2010

Syahdu nan sepi tatkala di banjaran UPSI

Syahdu nan sepi tatkala di banjaran UPSI

Sayu kedengaran
rengekkan si katak
pabila hujan mula reda
di bumi UPSI ini
hatiku terkenang masa lalu
pada mula kaki memijak ke tanah ini
waktu itu hanya doa mengiringi
perjuangan mentah dalam kekeliruan

kini akhir waktu
tempoh kian singkat
mengikat keringat badan
yang lelah menmpuhi ranjau onak duri
pahit manis kenangan bersama
pasti tersemat dalam ingatan

syahdu nan sepi
yang ku rasa
tatkala berada di banjaran UPSI
yang dahulunya
tempat pendita bertapa
insan bijak pandai membaca
kasih nurani bersulam cinta
begitu juga aku
segalanya tiada ganti
tiada hampa dusta
manis terasa menusuk di dalam jiwa

aku rasakan kedamaian
dalam hati ini
sahabat megelilingi
kasih bertaut kembali
terbuang kini namun masih ada pengganti
hidupku kini bermula
sebagai diktator mendidik bangsa
mengajar tidak lekang
menabur jasa pada generasi muda
semoga semuanya baik belaka
dengan izin dari-Nya
yang maha esa


nukilan,

riza bahari
Tg Malim,UPSI
11/11/10

Selamat Hari raya aidil adha

Salam


Kepada semua rakan-rakan AT01 dan pensyarah fakulti bahasa dan komunikasi UPSI, saya selaku wakil admin ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha. semoga di hari raya ini kita diberikan keberkatan dan dirahmati oleh-Nya. Kepada ibubapa, sedara mara dan juga sahabat handai yng pergi mengerjakan haji, semoga mendapat haji yg mabrur dan lancar perjalanan pulang kelak..insyaallah. Yang sedang dan akan pulang ke kampung halaman..berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.

wassalam..

Khamis, 4 November 2010

Terima Kasih yang tek terhingga kepada semua...

Salam

Selesai sudah majlis MPG AT01 pada Jumaat lepas. Terima kasih diucapakn kepada semua yang terlibat. Kerjasama anda amat kami hargai. Diharap ianya akan menjadi kenangan terakhir kita yang paling indah. Di sni saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan terakhir anda di UPSI dan selamat menjalani praktikum pada tahun depan. Insyallah..panjang umur kita kan bertemu lagi di lain hari. Anda semua adalah sahabat yang terbaik. sYUKRAN jAZILAN....















Jumaat, 29 Oktober 2010

MAlam pRA gRADUASI AT01 2007

Malam pragraduasi untuk AT01 SEMESTER 7 diadakan di bangunan E-Learning tingkat 5. Semua yang terlibat dijemput hadir memeriahkan lagi majlis ini. Kedatangan Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu Prof Madya Dato' Paduka Dr Mohd Rolsi Saludin sebagai perasmi akan memeriahkan lagi majlis ini. Semoga majlis ini diberkati oleh-Nya. Berikut adalah tentatif program :

8.00 mlm : ketibaan jemputan/pelajar at01
8.30 mlm : majlis bermula
8.45 mlm : ucapan ketua jabatan, wakil pelajar dan penyampaian cenderahati
9.00 mlm : makan dan aktiviti 1 (karaoke)
9.30 mlm : penyampaian hadiah ( pelajar cemerlang)
9.45 mlm : aktiviti 2 (kotak beracun)
10.30 mlm : penyampaian hadiah (semua pelajar)
11.00 mlm : tayangan montaj, hadiah khas
11.30 mlm : ucapan terakhir , bersurai.

Isnin, 4 Oktober 2010

Pengumuman Penting

Salam

Kepada semua pelajar AT01 sesi Julai 2007, diharap ambil perhatian. Perancangan Malam pragraduasi yang telah dirancang pada 25 dan 26 oktober bertempat di Felda Residance Resort Trolak telah dibatalkan atas alasan ramai yang tidak mahu menyertai. Oleh yang demikian, saya dengan rasminya mengumumkan persaraan dari bidang pengelola program. Kepada sesiapa yang ada cadangan yang lebih bernas sila tampil untuk melaksanakan program ini. Bina ahli jawatankuasa anda sendiri dan rancanglah apa jua aktiviti dan bentuk majlis yang diinginkan..kami akan setuju dengan sebulat suara.

Berkenaan buku autobiografi yang dirancang, ianya juga dibatalkan..anda tidak perlu menghantar gambar kepada saudara Nizam lagi. Duit anda sebanyak rm150 akan selamat dunia akhirat. Mungkin ianya lebih berguna kepada hal lain yang lebih berkepentingan.

Sebarang cadangan untuk mengadakan program ini sila beritahu isi kelas yang lain pada kuliah Tn Haji hari Rabu ini. Saya tidak ada kena mengena lagi dalam program ini. Jangan ujarkan apa-apa bentuk soalan berkenaan dengan malam graduasi kepada saya lagi. Harap maklum.

Selasa, 31 Ogos 2010

MERDEKA!

sALAM..

Kepada semua warga AT01 dan juga mahasiswa mahasiswi UPSI..saya mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-53. Semoga negara kita dilindungi dan dirahmati oleh-Nya..Amin.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Jumaat, 27 Ogos 2010

Selamat bercuti dan selamat hari raya

Salam..



Memandangkan baki kuliah hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum kita semua berangkat pulang ke kampung masing-masing, saya selaku wakil dari program AT01 UPSI sesi 2007/2008 semester 7 ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Harap syawal yang bakal menjelang akan membawa seibu rahmat kepada kita..insyallah.. Hati-hati semasa balik ke kampung..jumpa lagi di lain waktu.

Wassalam..

Selasa, 10 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalammualaikum



Kami mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan ini kepada semua mahasiswa-mahasiswi UPSI khususnya pelajar-pelajar AT01. Di harap Ramadhan kali ini membawa seribu pengertian dan makna yang mampu kita jadikan sebahagian daripada petunjuk untuk kita merubah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya.
 Ramadhan kali ini juga adalah yang terakhir buat kita di Tg Malim yang indah permai ini. Semoga ibadah puasa kita kali ini diberkati oleh-Nya.

Wassalam.

Jumaat, 9 Julai 2010

Perjuangan kembali mengalunkan rentak..selamat meneruskan sesi pengajian semester 7

Salam

Semester 1 2020/2011 kembali membuka tirai. Setelah 2 bulan lebih bercuti, mahasiswa UPSI khususnya telah kembali ke halaman perjuangan ini untuk meneruskan pembelajaran untuk semester yang ke 7. Syukur kehadrat ilahi, dengan izinnya dapat jua mahasiswa dan mahasiswi AT01 bersua buat kali terakhirnya sebelum melangkah ke alam praktikal awal tahun depan.

Dengan ini, saya selaku editor bagi blog ini ingin mengucapkan selamat menimba ilmu dan terus memperjuangkan kesusasteraan melayu di UPSI. Insyallah, kita akan tamatkan semester ini dengan penuh gilang dan gemilangnya..

Wassalam..

Selasa, 4 Mei 2010

Terima kasih..kawan-kawan

Salam..

Alhamdulillah..semua yg dirancang telah berjalan dengan baik. Terima kasih kepada semua rakan yang terlibat..anda sememangnya  sporting. Kepada asmah, fuad, muni, nizam, yunus, matju , cat, rose dan piju.. kenangan ini akan terpahat sampai bila-bila..semoga berjumpa lagi di sem hadapan. Semster kita yang terakhir. Slamat bercuti dan hargailah insan yang menyayangi anda..sekian.

Terima kasih kawan-kawan..kerana menjadi penyeri dalam hidup yang penuh onak dan duri...

Khamis, 29 April 2010

Selamat bercuti..dan selamat bergelar pelajar tahun akhir..

Salam 1 Malaysia.



Peperiksaan bagi semester 6 semakin melabuhkan tirainya. Hanya 2 subjek sahaja lagi dan selepas itu kita akan bercuti panjang memandangkan sesi pengambilan pelajar baru mula menunjukkan bayangnya pada bulan Julai ini. Oleh yang demikian, saya selaku wakil pelajar AT01 ingin mengucapkan selamat bercuti atau dalam bahasa enggeris nya  Happy Holiday kepada rakan-rakan yang akan pulang awal pada 3 hari bulan malam dan seterusnya. Nikmatilah cuti anda dengan penuh manfaat dan dengan aktivti yang berfaedah. Sesiapa dalam kalangan pelajar AT01 yang akan melangsungkan apa jua majlis seperti tunang, nikah waimah kenduri berkhatan sekali pun kami mengucapkan tahniah dan sekalung salam dari kami kepada keluarga di kampung halaman rakan-rakan semua. Jumpa lagi pada semester hadapan,selamat bergelar pelajar tahun akhir dan jadikan ia sebagai satu kenangan yang mungkin menjadi pengalaman yang tidak akan kita lupakan kelak. Akhir kata, salam pemanis bicara dan penutup kata dari saya tuan editor blog ini kepada semua. Wassalam.

Rabu, 28 April 2010

Mari membakar ikan 2010..khusus kepada pelajar AT01

Salam 1 Malaysia

kepada pelajar AT01 sekalian, anda dijemput untuk menyertai program " Mari membakar ikan 2010" anjuran geng parang. Diharap kepada pelajar yang ingin menyertainya perlulah membayar yuran pernyertaan sebanyak rm5 sahaja. Tentatif program adalah seperti yang berikut :



Tarikh : 4 Mei 2010
Masa : 10 pg-3 ptg
Venue : Sg Samak yang dicintai
Sasaran peserta : Pelajar AT01 yang pulang lewat. Yang pulang awal..selamat bercuti yer..huhu

Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang ingin menyertainya sila klik di sini untuk maklumat lanjut. Sekian Terima Kasih.

Isnin, 26 April 2010

Tesis

Salam..

Perhatian kepada semua pelajar semester 6 AT01, tajuk tesis anda masih lagi di dalam proses pemilihan. Keputusan samada tajuk anda diterima atau tidak akan diberitahu kelak. Kami masih lagi menunggu sebarang reaksi daripada Ketu Jabatan yang pening memilih tajuk anda sekalian. Diharap anda dapat bersabar dan terus menumpukan pada peperiksaan anda terlebih dahulu. Dahulukan yang mana lebih penting. Pesanan ikhlas dari kami. Selamat menjawab peperiksaan akhir sem ini.

Segala pertanyaan bolehlah ditujukan kepada Mohd Yunus Saleh.



Harap Maklum.

Sabtu, 24 April 2010

Kejantanan AT01..pilih-pilih..sementara stok masih ada..


Saya selaku wakil geng parang ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan bagi semester 6 kepada semua pelajar AT01 sesi Julai 2007/2008..sem depan dah last weii..hahaha pa lagi..mai la kita bersama-sama mengeratkan silaturrahim sesama kita..sapa2 yang masih solo tu..haaa.cepat-cepat lah cari..kang dah abis blaja, tak sempat plak..hahahaha Saya juga ingin mengucapkan selamat bercuti panjang sem ini dan gunakan masa dengan sebaik mungkin bagi menyiapkan tesis anda..hahaha adiosss amigosss....salam 1 Malaysia...

kita semua adalah sama..semoga berjaya kelak..AT01

Selamat berjaya menduduki peperiksaan semua..sememangnya kami semua adalah sama, sama di mata- Nya. Jadikan hari-hari yg mendatang sebagai pengalaman kita bersama di UPSI.



sem depan adalah yang terakhir untuk kita menjalinkan hubungan sesama kita..oleh itu, mari kita menikmati sisa-sisa masa di UPSI dengan penuh kegembiraan. Di harap kita semua akan menjadikannya sebagai satu kenangan terindah...I love u All...AT01.

Ahad, 14 Februari 2010

Guru baru wajib mengajar di pedalaman..syarat baru untuk bakal guru.

BALIK PULAU – Tiga tahun mengajar di sekolah pedalaman adalah antara syarat baru yang akan diwajibkan kepada bakal- bakal guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Bagaimanapun jelasnya, perkara itu masih pada peringkat cadangan tetapi menjadi salah satu strategi kementerian dalam usaha melahirkan barisan guru yang terlatih termasuk dari segi pengajaran dan psikologi.

“Pendedahan ini amat baik dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Cara ini juga dapat memastikan hanya calon yang benar-benar bersedia menyandang jawatan ini.

“Walaupun syarat ini telah diguna pakai tetapi objektifnya seperti yang dihasratkan kementerian kurang berjaya kerana kerap kali ada campur tangan pihak luar untuk guru baru ini bertukar,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini semalam.

Jumaat, 5 Februari 2010

Kalam menari ditemani pena berdiri (puisi buat sahabatku AT01)

Kalam menari ditemani pena


Terbentang kertas putih dipusara meja
terungkap sedikit tatkala angin meniup mesra
Pena mula beradu menemani kalam yang tersusun rapi
Kau kalam ku tiada tolok ganti
kau pena ku yang bisa mengerti
Bagaimanakan ku cari kenangan bersamamu wahai cahaya
yang menerangi kalam yang menari menemani pena
Hati ini terguris jika pena tidak lagi menari
kalam jua yang makin hakis dipukul ombak dengki
jangan kau biarkan pena itu terhenti
dari sikap egoismu yang menjana dalam diri
bakarkan sayap murni nurani
biar ia menjadi satu tragis tawa berisi
moga suatu hari..
cahaya kabus menjadi nadi seerti
secebis kenangan buat kalam
agar pena semakin menari..dan menari...

Riza Bahari
Tg Malim, Perak.

Isnin, 1 Februari 2010

Pembahagian penasihat bagi TESIS sem hadapan

Assalammualaikum

Untuk makluman semua, pembahagian penasihat bagi tesis utk sem hadapan akan dibuat oleh ketua jabatan kesusasteraan melayu dan bahasa. Tak payah lah diberitahu namanya, kerana anda semua sudah pun mengenalinya. Oleh yang demikian, anda semua diminta mencari sebarang tajuk untuk dijadikan tesis anda kelak. Hal ini kerana, tajuk2 yang dipilih akan di beritahu kepada penasihat masing2 dahulu untuk mendapat tajuk yang sesuai dan diluluskan. Nama dan senarai penasihat akan diberitahu kelak.

*cara ini lebih adil dan saksama kerana sebelum ini undian yang dibuat tidak diterima

Terima kasih

Dimanakah warga sem 6 AT01?

Assalamualaikum

Pertamanya saya ingin mngucapkan jutaan terima kasih kepada semua ajk persatuan persuratan melayu dan bahasa melayu yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Saya dan pihak AJK tertinggi amat menghargai jasa anda semua. Namun begitu, saya amat kecewa dengan pelajar sem 6 kerana tidak ramai yang hadir untuk memeriahkan bengkel drama dn teater yang diadakan pada jam 2,30 ptg di Auditorium. Kedatangan sangat tidak memuaskan. Ianya juga berjangkit kepada program tayangan..di mana kedatang dari sem 6 amat mendukacitakan. Saya selaku pelajar sem 6 dan juga merangkap pengarah program ini amat terkilan dengan ketidak pekaan anda semua..Masih lagi susah untuk memberikan kerjasama anda yang mungkin hanya memakai sedikit tenaga dan wang. Hidup sombong tak kemana..

Oleh itu, saya berharap selepas ini akan ada perubahan dalam tingkah laku anda yang masih lagi hidup dengan kesombongan anda itu. Bergaul dan libatkan lah diri anda sebaik mungkin untuk kebaikan bersama. Anda hanya tinggal 1 sem saja di sini dan anda sume seperti tidak peka dengan keadaan sekeliling. Bukan niat untuk membebel, tetapi saya memang amat terkilan dengan anda semua. Selepas ini, janganlah biarkan sifat pentingkan diri dan kesombongan anda itu disebarluaskan sehingga anda menjejakkan kaki ke sekolah kelak. Ianya akan memakan diri anda semua. Kita belajar di UPSI ini bukan sahaja untuk mendapat gred yang tinggi malah kite juga perlu mengutip sebanyak mana pengalaman yang mungkin.

Maaf kerna melepaskan emosi disini. Niat hati untuk membuka mata dan telinga saudara saudari sem 6 sekalian. Kami hanya mahu kamu semua bersatu dalam apa jua yang kita jalankan disini dan kami hanya minta kerjasama daripada anda smua. Jika itu pun susah sgt, mungkin kelak..jika anda di sekolah, anda akan rasa apa yang kami rasa pabila dapat tugas seperti kami yang sering saja menjadi tunggak untuk apa2 saja akticviti yang dijalankan tidak kira melibatkn persatuan atau pun program untuk subjek major..

Wassalam..

Selasa, 12 Januari 2010

Tayangan Amal filem "Lu pikir la sendiri the movie".

Salam..

Kepada semua pelajar AT01, pihak persatuan persuratan melayu akan mengadakan program Tayangan Amal filem " Lu pikir la sendiri the movie" yang dijangka akan berlangsung pada 31 Januari 2010 bersamaan hari Ahad di Auditorium. Sehubungan dengan itu, rakan2 sekalian diwajibkan hadir pada hari berkenaan untuk memberikan sokongan kepada persatuan kita. Di sini saya selaku pengerusi dan pengarah program menyertakan tentatif pada hari kejadian.

31 Januari 2010 (Ahad)
Auditorium

9.00 pg - Bengkel Drama dan Teater oleh Pn Aminah Raphor (Pengarah Filem dan Pensyarah UITM) serta Prof Datuk Dr Rosli Saluddin.

11.00 pg - Tamat Bengkel

4.30 ptg - 6.30 ptg - tayangan amal sesi 1

8.30 - 10.30 mlm - tayangan amal sesi 2

Tiket dijual pada harga rm6 untuk seorang. Ianya boleh didapati dari ajk persatuan setiap sem. Diharap anda semua boleh turut menyumbangkan sesuatu untuk membantu dalam promosi dan penjualan tiket. Kerjasama anda amat kami hargai..terima kasih.

Jumaat, 8 Januari 2010

teks baru untuk KOMSAS dan kesusasteraan melayu 2010

IHSAN : Berita Harian

KARYA pengarang veteran, berjenama, bergelar selain muda dipilih Kementerian Pelajaran sebagai teks Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas) dan Kesusasteraan Melayu untuk pelajar Tingkatan 1 dan 4 pada sesi persekolahan 2010.

Senarai baru teks bagi kedua-dua subjek berkenaan dengan Kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran elektif bagi menggantikan buku lama yang digunakan sejak 10 tahun lalu, sudah pun diterima sesetengah sekolah, tetapi belum diedarkan kepada pelajar.

Sumber memberitahu Sastera, Berita Harian, hanya teks membabitkan genre karya klasik, sajak, cerpen dan drama yang sudah diterbitkan, manakala novel pula dalam proses dipermudahkan untuk membolehkan pelajar mudah memahami karya terbabit.

“Teks Komsas Tingkatan 1 yang sudah diedarkan di sekolah ialah Kasut Kelopak Jantung dan turut memuatkan cerpen Kasut Kelopak Jantung karya Ghazali Lateh dan Yuran (Omar Mamat), manakala drama pula, Arah Ke Mana (Datuk Johan Jaaffar) dan Surat Untuk Ina (Amiruddin Mohd Ali),” kata sumber itu.

Harga Remaja dipilih sebagai teks Komsas bagi Tingkatan 4 dengan cerpen di dalamnya didominasi sasterawan dan pengarang mapan, iaitu Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad lewat Ibu dan Ceper serta SN Abdullah Hussain (Melissa).

Teks itu turut mengandungi cerpen Penerima Anugerah Penulisan Sea 1996, Zaharah Nawawi, Pemain Catur dan penulis veteran, Zahari Affandi (Memori Seorang Tua), selain Erda Roslan Khairi (Israk) serta Raihanah Salleh (Biarkan Samudera).

“Hanya sbuah novel dijadikan teks Komsas untuk setiap tingkatan mengikut pecahan zon iaitu utara, tengah, selatan dan pantai timur, sekali gus menjadikan hanya empat novelis berpeluang melihat karya mereka dipilih sebagai teks. Novel SN Allahyarham Dr Syed Othman Syed Omar atau S Othman Kelantan, Juara (DBP – 1976) turut dipilih sebagai teks Komsas,” kata sumber itu lagi.

Selain Juara, sumber itu berkata, novel yang dipilih sebagai teks Komsas ialah Renyah karya Dr Gunawan Mahmood yang diterbitkan pada 1994; Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (1999) dan Azea Hanani oleh Halis Azhan Mohd Hanafiah (1995).

Sastera difahamkan, teks baru Komsas dan Kesusasteraan Melayu hanya akan dipelajari pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 5 pada 2011 dan Tingkatan 3 (2012), manakala buku teks Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 hanya dijual di pasaran pada tahun depan, ekoran buku teks diberi percuma kepada pelajar, tetapi perlu dikembalikan pada akhir tahun.

Pada Januari tahun lalu, Sastera, Berita Harian, mendedahkan pemilihan teks Komsas bagi sekolah menengah yang disemak semula bagi menggantikan teks lama yang digunakan sejak 10 tahun lalu, ditumpukan pada novel popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat mereka membaca.

Pemilihan pada peringkat awal itu, tidak menyenaraikan puisi, cerpen, novel dan drama penerima Anugerah Penulisan Sea dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), hadiah sastera peringkat negeri dan swasta baik bertema Islam mahupun kemerdekaan, meskipun diberi perhatian panel pemilih.

Sumber memberitahu Berita Harian, tindakan tidak menyenaraikan karya SN dan penerima serta pemenang anugerah untuk buku teks yang baru kerana Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, mendapati sebahagian teks sedia ada berat dan tidak sesuai untuk pelajar.

Bagaimanapun, sasterawan, pengarang dan persatuan penulis membantah hasrat itu termasuk SN Datuk (Dr) A Samad Said; Pemenang Anugerah Sastera Negara (ASN) yang baru diumumkan, SN Datuk Dr Anwar Ridhwan dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena).

Kementerian Pelajaran kemudian memberi jaminan pemilihan teks untuk Komsas mempertimbangkan tiga dimensi utama, iaitu dimensi bahan, pedagogi dan murid dengan dimensi bahan menggabungkan karya terbaik, bermutu, estetika dan kesesuaian.