Salam..
Entry kali ini adalah berkenaan dengan erti persahabatn khusus bagi rakan-rakan seperjuangan AT01 sem 5. Terbitnya idea untuk menghasilkan entry ini adalah daripada krisis yang berlaku dalam kelas kita sejak kebelakangan ini. Bukan sesuatu yang baru jika diperkatakan mengenai puak-puak yang ada dalam kelas kita. Sebagai sahabat yang hanya memerhatikan kamu semua dari jauh, saya berpendapat, kelas kita ini sangat lah jahil dalam ilmu pergaulan yang melibatkan persahabatan.
Jika kita lihat daripada sem 1 dahulu, kita masih lagi baru dan masih lagi dalam penyesuaian bagi mengenal hati budi masing-masing.. namun sejak dari itu, saya mula merasakan sesuatu yang aneh dari kaca mata sebagai seorang mahasiswa..mari kita imbas kembali apabila sesuatu program yang hendak kita anjurkan..bagaimana kerjasama daripada semua pihak? adakah ianya berjalan lancar? maaflah jika saya kata, ada pengetuk baru pahat nak berbunyi..mana perginya sifat toleransi dan gaya bersosial pada tahap sebagai seorang mahasiswa? Apabila pembahagian AJK dibuat, semua inginkan puak-puak sendiri..masing-masing jaga puak masing2..itu yang saya dapat lihat daripada atitude kamu semua. Kenapa tidak kamu saling bekerjasama sesama sendiri..bukan orang lain, kita ini sahabat, 1 kelas, 1 program..tapi hayat semester sudah menjejak ke angka 6, tapi masalah puak ini masih lagi ditakuk yang lama..malah lebih teruk lagi.
Saya bukannya hendak meleter macam mak nenek di dalam blog ini, namun saya rasa hal ini perlu diperjelaskan lagi bagi menyedarkan kamu semua. Mana hilangnya sikap malu dan segan bila program BM mengutuk program AT01 yang kononnya kita ini macam tak berguna, tidak menonjol dari pelbagai aspek, dan paling menyakitkan hati..kita ini ibarat mahasisiwa yang mengejarkan segulung ijazah saja..tiada apa yang kita dapat selain itu selama 4 tahun di bumi UPSI ini..sedih sungguh kawan-kawanku..sangat sedih..Program lain yang mempunyai beratus ahli, boleh sepakat dalam apa jua namun kita yang setakat 40 orang pejuang ini hanya retak menunggu belah..susah dibawa berbincang, sukar menerima apa jua tugas, payah membuat keputusan bersama dan pelbagai lagi kesukaran yang timbul apabila hendak melakukan sesuatu bersama..mana perginya hubungan persahabatan kamu semua?
Saya sangat sedih bila mengenangkan hayat kita di UPSI ini hanya tinggal setahun saja lagi..tiada apa yang mampu membuatkan saya berasa bangga, gembira, seronok, sewaktu 5 sem kita mengharungi perjuangan di sini. Hanya dengan beberapa orang sahabat yang mukanya sering kali di lihat bersama..mengetuai segala hal yang berlaku dalam kelas mahupun di luar kelas kita..mana pergi rakan yang lain? adakah mata dan mulut kamu yang lain ini telah di buta dan dibisukan? Sedarlah wahai sahabat sekalian..saya ingin lihat kamu semua bersatu padu..hidup dalam kominiti AT01 yang saling hormat menghormati, bertimbang rasa dan juga saling tolong menolong di antara 1 sama lain. Bukan apabila ada sesuatu yang penting saja berlaku, baru cari kawan, bila waktu pendaftaran kursus, bila waktu kuliah tiada dan ada, bila nak tahu apa yang keluar masa exam nati..baru timbul perasaan nak cari rakan yang lain..masyaallah..berubahlah sahabatku sekalian..mari bersama-sama mengeratkan tali persahabatan yang makin renggang ini agar kita dapat menaikkan martabat kesusasteraan melayu sebagai salah satu kursus yang mantap di UPSI ini..
Sahabat itu bukan seperti kain buruk
bila ingin bersih yang kotor
baru diguna
bila sudah diguna
dicampakkan ke tepi
Wassalam..