Selasa, 20 Oktober 2009

Aktiviti program sem 2 sesi 2009/2010

Salam

Beberapa perbincangan awal yang telah dibuat dan di sini saya akan memberikan sedikit cadangan bagi aktiviti kita sem hadapan. Bagi pengetahuan semua, program kita hanya tinggal 2 sesi sahaja lagi di UPSI iaitu hanya tinggal setahun saja lagi kita di bumi tg malim ini. Oleh yang demikian, kiranya molek lah jika saya mencadangkan beberapa aktiviti untuk kita sama-sama sertai bagi memulihkan keadaan kelas kita yang semakin hari semakin renggang ini..Tujuan utamanya adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyatupadukan kamu semua supaya tidak ada lagi perbalahan antara puak berhaluan kiri atau kanan..anda semua paham kan maksud saya ini? Mari kita lihat apakah aktiviti tersebut..

1. Program Bengkel Penulisan Novel dan Puisi di Melaka
2. Program pembacaan puisi selama 30 jam untuk Malaysia Book's Of Record di Jelebu Negeri Sembilan.
3. Mesyuarat untuk membuat pemilihan tempat bagi majlis pra graduasi Kelas
4. Gambar kelas/program untuk AT01.

Ini adalah cadangan awal yang dibincangkan dengan beberapa orang pensyarah kita, namun begitu sebarang pertukaran aktiviti akan diberitahu dari masa ke semasa. Jadi, kepada rakan-rakan yang ada cadangan lain, sila kemukakan cadangan anda kepada saya dengan mengemelkannya di emel saya. Dengan ini, kita boleh membuat pemilihan aktivti bersama-sama supaya tidak ada soal jawab jika ada sesiapa daripada kita yang tidak bersetuju.Bagi yang ingin mencadangkan aktiviti yang diluar daripada skop kursus juga akan diterima jika relevan dari kaca mata semua.

Terima kasih

1 ulasan:

Pak Long berkata...

kalau nk bt mlm graduasi kn la gerak keje awl ckit...mst gempak nnt bl gerak keje awal...baru bg kenangan yg mengancam huhu