Sabtu, 23 April 2011

Ucapan takziah buat rakan AT01...Nizam

Salam

Takziah buat Nizam sekeluarga di Sarawak atas pemergian Ayahanda tercinta. Sungguh tabah hatimu menempuh berita sebegitu. Harap anda akan tamatkan praktikum dengan cemerlang. Usah khuatir..rakan-rakan sentiasa bersama anda. Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh ayahandanya agar ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan semoga dicucuri rahmat..insyallah...AL-FATIHAH

Jumaat, 22 April 2011

Semakin hari semakin hampir..

SALAM

Saya menulis entry ini sebagai wakil kepada semua sahaja. Ingin berkongsi pengalaman suka dan duka bagaimana menjadi seorang guru atau pndidik anak bangsa. Dahulu sewaktu saya mula mendapat surat tawaran masuk ke UPSI, saya sudah terbayang yang saya bakal menjadi seorang pendidik.Namun ketika itu adakah saya pikir apakah cabaran yang harus saya tempuhi untuk mencapai harapan saya ini. Tidak sama sekali. Apa yang telah saya lalui amat mencabar dan ianya tidak akan dapat di mana-mana. Segala pengalaman ini telah mengajar saya erti sebuah pengorbanan dan erti mencari masa depan yang tiada henti.

Ketika ini saya bertugas sementara di SMK Taman Tuaku Jaafar, Seremban. Saya mengajar tingkatan 4 dalam subjek Kesusasteraan Melayu dan Sejarah. Keadaan sekolah ini sangat baik dari segi suasananya, etika guru-gurunya, sikap peramah dan saling bantu membantu dalam kalangan guru-gurunya membuatkan saya amat selesa bertugas di sini. Namun, pabila dikaitkan dengan anak murid pula..saya mula menggelengkan kepala. Saya tidak bermaksud untuk memperkecilkan orang lain, namun, perangai murid-murid ku di sekolah ini amat mendukacitakan. Mereka seakan-akan tidak tahu bagaimana menghormati seorang yangbernama GURU. Dalam hati saya tertanya-tanya, bagaimanakah ibubapa mereka mendidik mereka di rumah? Adakah cukup dengan hanya memberikan nasi, lauk, pakaian ,duit belanja dan tempat tinggal kepada mereka? Saya masih teringat bagaimana seorang murid itu memanggil saya pakcik dalam kelas, tidak mahu bangun memberikan salam, tidur, tidak mendengar arahan guru, keluar begitu saja tanpa kebenaran, bising dalam kelas sewaktu guru sedang mengajar, dan pelbagai lagi kesalahan yang boleh mengguris perasaan orang lain waimah bukan guru pun akan berasa begitu.

Beginilah rasanya pengalaman pertamaku di sekolah. Harapan ku hanya untuk melihat anak-anak murid ku ini berjaya kelak. Patutlah guru ini dikatakan sebagai kerjaya yang mulai. Baru ku mengerti kini. Biarpun mereka tidak menghormati, kurang ajar dan biadap terhadap guru, namun guru tetap mendoakan agar mereka berjaya. Kini saya telah pun berjaya mengubah anak-anak murid ku yang dulunya tidak menghormati orang tua, biadap, kurang ajar dan bising itu kearah yang lebih baik. Saya amat berpuas hati dengan mereka dan sudah tiba masanya saya akan mengundur diri. Harapan ku agar mereka meneruskan gaya baru mereka ini agar guru-guru lain dapat memberikan perhatian kepada murid-murid seperti ini dan tidak lah diabaikan...janganlah ianya berlaku pada murid ku..kerna ku telah merasainya........

Mohd Rafizi B MOhd Isha
SMKTTJ , Seremban
22/4/2011

Isnin, 18 April 2011

Tarikh Istiadat konvokesyen ke-13 untuk pelajar tahun akhir ambilan Julai 2007

Assalammualaikum..Salam 1 Malaysia,

Istiadat Konvokesyen ke-13 UPSI 


Di sini ingin dimaklumkan bahawa..tarikh rasmi majlis istiadat Konvokesyen sesi 2010/2011 bagi pelajar ISMP ambilan Julai 2007 akan diadakan pada 26 hb Julai 2011 hingga 30 hb Julai 2011. Segala kemusykilan boleh melawat UPSI Portal atau klik saja link dibawah gambar.

Diharap kepada semua rakan-rakan ATO1 yang bakal menamatkan praktikum tidak lama lagi dapat berkumpul semula pada majlis konvosyen itu nanti. Kemungkinan perjumpaan itu adalah kali yang terakhir kita akan bersama, gelak tawa, sedih gembira sebagai pelajar AT01. Gunakan lah masa yang singkat itu sebaiknya. Jika ada maklumat terbaru, boleh post kan di facebook untuk tatapan rakan-rakan yang lain atau pun sila sms ke no.012-5403989 (pizi)

Selamat menempuhi penyeliaan yang terakhir dan buatlah sehabis baik. Berdoalah kepada Allah moga dilancarkan segalanya terutamanya kepada seluruh pelajar AT01 sem akhir..

Wassalam..

Rabu, 5 Januari 2011

selamat tahun baru 2011

Salam

selamat menyambut tahun baru kepada semua pelajar AT01 tahun akhir. selamat menjalani praktikum yang bakal bermula pada bulan februari ini. Diharap anda semua dapat melaksanakannya. Blog ini tidak akan terhenti takat ini dan ianya akan berterusan selagi ada hayat dikandung badan..insyallah..

Ahad, 14 November 2010

Syahdu nan sepi tatkala di banjaran UPSI

Syahdu nan sepi tatkala di banjaran UPSI

Sayu kedengaran
rengekkan si katak
pabila hujan mula reda
di bumi UPSI ini
hatiku terkenang masa lalu
pada mula kaki memijak ke tanah ini
waktu itu hanya doa mengiringi
perjuangan mentah dalam kekeliruan

kini akhir waktu
tempoh kian singkat
mengikat keringat badan
yang lelah menmpuhi ranjau onak duri
pahit manis kenangan bersama
pasti tersemat dalam ingatan

syahdu nan sepi
yang ku rasa
tatkala berada di banjaran UPSI
yang dahulunya
tempat pendita bertapa
insan bijak pandai membaca
kasih nurani bersulam cinta
begitu juga aku
segalanya tiada ganti
tiada hampa dusta
manis terasa menusuk di dalam jiwa

aku rasakan kedamaian
dalam hati ini
sahabat megelilingi
kasih bertaut kembali
terbuang kini namun masih ada pengganti
hidupku kini bermula
sebagai diktator mendidik bangsa
mengajar tidak lekang
menabur jasa pada generasi muda
semoga semuanya baik belaka
dengan izin dari-Nya
yang maha esa


nukilan,

riza bahari
Tg Malim,UPSI
11/11/10

Selamat Hari raya aidil adha

Salam


Kepada semua rakan-rakan AT01 dan pensyarah fakulti bahasa dan komunikasi UPSI, saya selaku wakil admin ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha. semoga di hari raya ini kita diberikan keberkatan dan dirahmati oleh-Nya. Kepada ibubapa, sedara mara dan juga sahabat handai yng pergi mengerjakan haji, semoga mendapat haji yg mabrur dan lancar perjalanan pulang kelak..insyaallah. Yang sedang dan akan pulang ke kampung halaman..berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.

wassalam..

Khamis, 4 November 2010

Terima Kasih yang tek terhingga kepada semua...

Salam

Selesai sudah majlis MPG AT01 pada Jumaat lepas. Terima kasih diucapakn kepada semua yang terlibat. Kerjasama anda amat kami hargai. Diharap ianya akan menjadi kenangan terakhir kita yang paling indah. Di sni saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan terakhir anda di UPSI dan selamat menjalani praktikum pada tahun depan. Insyallah..panjang umur kita kan bertemu lagi di lain hari. Anda semua adalah sahabat yang terbaik. sYUKRAN jAZILAN....