Salam..
Sebagaimana yang kita sedia maklum, penempatan bagi bakal guru UPSI khususnya kepada pelajar program AT01 masih belum terjamin. Hal ini telah disebar luas di UPSI disebabkan kenyataan diakhbar oleh pihak2 tertentu yang menyatakan tiada kepastian kepada penempatan bagi pelajar UPSI. Oleh yang demikian, ramai pelajar yang masih dibelenggu perasaan risau dan bagaimanakah masa depan mereka yang telah diimpikan selama ini untuk bergelar seorang guru.
Kita yang bersusah payah meneguk ilmu pendidikan selama 4 tahun, tetapi telah dipotong oleh pelajar2 "lain" yang hanya mengambil kursus pendidikan setahun dan juga disuapkan dengan elaun sebanyak rm1500 setiap bulan. Pelajar kita yang mengambil pinjaman PTPTN terpaksa menanggung hutang yang banyak disebabkan tiada peluang berkerja biarpun belajar di UPSI. Manakah keadilan kita? tidak mungkin peluang akan datang bergolek namun usaha kita untuk melayan temuduga hendak lah dilalui dengan penuh keyakinan bagi membuktikan keperkasaan anak kandung suluh budiman. Oleh itu, kepada rakan2 yang lain, sila ambil perhatian dan jangan biarkan diri kita ditindas agar kita dapat menjalani kehidupan dengan masa depan yang baik. bersama berjuang untuk menjadi bakal guru yang cemerlang untuk negara dan bangsa.
Wassalam..
2 - 7 DISEMBER 2010: KE KOREA SELATAN
Seminggu yang lalu
