Sabtu, 23 April 2011

Ucapan takziah buat rakan AT01...Nizam

Salam

Takziah buat Nizam sekeluarga di Sarawak atas pemergian Ayahanda tercinta. Sungguh tabah hatimu menempuh berita sebegitu. Harap anda akan tamatkan praktikum dengan cemerlang. Usah khuatir..rakan-rakan sentiasa bersama anda. Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh ayahandanya agar ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan semoga dicucuri rahmat..insyallah...AL-FATIHAH

Jumaat, 22 April 2011

Semakin hari semakin hampir..

SALAM

Saya menulis entry ini sebagai wakil kepada semua sahaja. Ingin berkongsi pengalaman suka dan duka bagaimana menjadi seorang guru atau pndidik anak bangsa. Dahulu sewaktu saya mula mendapat surat tawaran masuk ke UPSI, saya sudah terbayang yang saya bakal menjadi seorang pendidik.Namun ketika itu adakah saya pikir apakah cabaran yang harus saya tempuhi untuk mencapai harapan saya ini. Tidak sama sekali. Apa yang telah saya lalui amat mencabar dan ianya tidak akan dapat di mana-mana. Segala pengalaman ini telah mengajar saya erti sebuah pengorbanan dan erti mencari masa depan yang tiada henti.

Ketika ini saya bertugas sementara di SMK Taman Tuaku Jaafar, Seremban. Saya mengajar tingkatan 4 dalam subjek Kesusasteraan Melayu dan Sejarah. Keadaan sekolah ini sangat baik dari segi suasananya, etika guru-gurunya, sikap peramah dan saling bantu membantu dalam kalangan guru-gurunya membuatkan saya amat selesa bertugas di sini. Namun, pabila dikaitkan dengan anak murid pula..saya mula menggelengkan kepala. Saya tidak bermaksud untuk memperkecilkan orang lain, namun, perangai murid-murid ku di sekolah ini amat mendukacitakan. Mereka seakan-akan tidak tahu bagaimana menghormati seorang yangbernama GURU. Dalam hati saya tertanya-tanya, bagaimanakah ibubapa mereka mendidik mereka di rumah? Adakah cukup dengan hanya memberikan nasi, lauk, pakaian ,duit belanja dan tempat tinggal kepada mereka? Saya masih teringat bagaimana seorang murid itu memanggil saya pakcik dalam kelas, tidak mahu bangun memberikan salam, tidur, tidak mendengar arahan guru, keluar begitu saja tanpa kebenaran, bising dalam kelas sewaktu guru sedang mengajar, dan pelbagai lagi kesalahan yang boleh mengguris perasaan orang lain waimah bukan guru pun akan berasa begitu.

Beginilah rasanya pengalaman pertamaku di sekolah. Harapan ku hanya untuk melihat anak-anak murid ku ini berjaya kelak. Patutlah guru ini dikatakan sebagai kerjaya yang mulai. Baru ku mengerti kini. Biarpun mereka tidak menghormati, kurang ajar dan biadap terhadap guru, namun guru tetap mendoakan agar mereka berjaya. Kini saya telah pun berjaya mengubah anak-anak murid ku yang dulunya tidak menghormati orang tua, biadap, kurang ajar dan bising itu kearah yang lebih baik. Saya amat berpuas hati dengan mereka dan sudah tiba masanya saya akan mengundur diri. Harapan ku agar mereka meneruskan gaya baru mereka ini agar guru-guru lain dapat memberikan perhatian kepada murid-murid seperti ini dan tidak lah diabaikan...janganlah ianya berlaku pada murid ku..kerna ku telah merasainya........

Mohd Rafizi B MOhd Isha
SMKTTJ , Seremban
22/4/2011

Isnin, 18 April 2011

Tarikh Istiadat konvokesyen ke-13 untuk pelajar tahun akhir ambilan Julai 2007

Assalammualaikum..Salam 1 Malaysia,

Istiadat Konvokesyen ke-13 UPSI 


Di sini ingin dimaklumkan bahawa..tarikh rasmi majlis istiadat Konvokesyen sesi 2010/2011 bagi pelajar ISMP ambilan Julai 2007 akan diadakan pada 26 hb Julai 2011 hingga 30 hb Julai 2011. Segala kemusykilan boleh melawat UPSI Portal atau klik saja link dibawah gambar.

Diharap kepada semua rakan-rakan ATO1 yang bakal menamatkan praktikum tidak lama lagi dapat berkumpul semula pada majlis konvosyen itu nanti. Kemungkinan perjumpaan itu adalah kali yang terakhir kita akan bersama, gelak tawa, sedih gembira sebagai pelajar AT01. Gunakan lah masa yang singkat itu sebaiknya. Jika ada maklumat terbaru, boleh post kan di facebook untuk tatapan rakan-rakan yang lain atau pun sila sms ke no.012-5403989 (pizi)

Selamat menempuhi penyeliaan yang terakhir dan buatlah sehabis baik. Berdoalah kepada Allah moga dilancarkan segalanya terutamanya kepada seluruh pelajar AT01 sem akhir..

Wassalam..