Ahad, 14 Februari 2010

Guru baru wajib mengajar di pedalaman..syarat baru untuk bakal guru.

BALIK PULAU – Tiga tahun mengajar di sekolah pedalaman adalah antara syarat baru yang akan diwajibkan kepada bakal- bakal guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Bagaimanapun jelasnya, perkara itu masih pada peringkat cadangan tetapi menjadi salah satu strategi kementerian dalam usaha melahirkan barisan guru yang terlatih termasuk dari segi pengajaran dan psikologi.

“Pendedahan ini amat baik dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Cara ini juga dapat memastikan hanya calon yang benar-benar bersedia menyandang jawatan ini.

“Walaupun syarat ini telah diguna pakai tetapi objektifnya seperti yang dihasratkan kementerian kurang berjaya kerana kerap kali ada campur tangan pihak luar untuk guru baru ini bertukar,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini semalam.

Jumaat, 5 Februari 2010

Kalam menari ditemani pena berdiri (puisi buat sahabatku AT01)

Kalam menari ditemani pena


Terbentang kertas putih dipusara meja
terungkap sedikit tatkala angin meniup mesra
Pena mula beradu menemani kalam yang tersusun rapi
Kau kalam ku tiada tolok ganti
kau pena ku yang bisa mengerti
Bagaimanakan ku cari kenangan bersamamu wahai cahaya
yang menerangi kalam yang menari menemani pena
Hati ini terguris jika pena tidak lagi menari
kalam jua yang makin hakis dipukul ombak dengki
jangan kau biarkan pena itu terhenti
dari sikap egoismu yang menjana dalam diri
bakarkan sayap murni nurani
biar ia menjadi satu tragis tawa berisi
moga suatu hari..
cahaya kabus menjadi nadi seerti
secebis kenangan buat kalam
agar pena semakin menari..dan menari...

Riza Bahari
Tg Malim, Perak.

Isnin, 1 Februari 2010

Pembahagian penasihat bagi TESIS sem hadapan

Assalammualaikum

Untuk makluman semua, pembahagian penasihat bagi tesis utk sem hadapan akan dibuat oleh ketua jabatan kesusasteraan melayu dan bahasa. Tak payah lah diberitahu namanya, kerana anda semua sudah pun mengenalinya. Oleh yang demikian, anda semua diminta mencari sebarang tajuk untuk dijadikan tesis anda kelak. Hal ini kerana, tajuk2 yang dipilih akan di beritahu kepada penasihat masing2 dahulu untuk mendapat tajuk yang sesuai dan diluluskan. Nama dan senarai penasihat akan diberitahu kelak.

*cara ini lebih adil dan saksama kerana sebelum ini undian yang dibuat tidak diterima

Terima kasih

Dimanakah warga sem 6 AT01?

Assalamualaikum

Pertamanya saya ingin mngucapkan jutaan terima kasih kepada semua ajk persatuan persuratan melayu dan bahasa melayu yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Saya dan pihak AJK tertinggi amat menghargai jasa anda semua. Namun begitu, saya amat kecewa dengan pelajar sem 6 kerana tidak ramai yang hadir untuk memeriahkan bengkel drama dn teater yang diadakan pada jam 2,30 ptg di Auditorium. Kedatangan sangat tidak memuaskan. Ianya juga berjangkit kepada program tayangan..di mana kedatang dari sem 6 amat mendukacitakan. Saya selaku pelajar sem 6 dan juga merangkap pengarah program ini amat terkilan dengan ketidak pekaan anda semua..Masih lagi susah untuk memberikan kerjasama anda yang mungkin hanya memakai sedikit tenaga dan wang. Hidup sombong tak kemana..

Oleh itu, saya berharap selepas ini akan ada perubahan dalam tingkah laku anda yang masih lagi hidup dengan kesombongan anda itu. Bergaul dan libatkan lah diri anda sebaik mungkin untuk kebaikan bersama. Anda hanya tinggal 1 sem saja di sini dan anda sume seperti tidak peka dengan keadaan sekeliling. Bukan niat untuk membebel, tetapi saya memang amat terkilan dengan anda semua. Selepas ini, janganlah biarkan sifat pentingkan diri dan kesombongan anda itu disebarluaskan sehingga anda menjejakkan kaki ke sekolah kelak. Ianya akan memakan diri anda semua. Kita belajar di UPSI ini bukan sahaja untuk mendapat gred yang tinggi malah kite juga perlu mengutip sebanyak mana pengalaman yang mungkin.

Maaf kerna melepaskan emosi disini. Niat hati untuk membuka mata dan telinga saudara saudari sem 6 sekalian. Kami hanya mahu kamu semua bersatu dalam apa jua yang kita jalankan disini dan kami hanya minta kerjasama daripada anda smua. Jika itu pun susah sgt, mungkin kelak..jika anda di sekolah, anda akan rasa apa yang kami rasa pabila dapat tugas seperti kami yang sering saja menjadi tunggak untuk apa2 saja akticviti yang dijalankan tidak kira melibatkn persatuan atau pun program untuk subjek major..

Wassalam..